• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Perlu Berani Teroka Peluang Kerja

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyeru para mahasiswa supaya berani meneroka pelbagai peluang pekerjaan walaupun hingga ke luar negara.

Beliau berkata mahasiswa tidak harus hanya bergantung kepada kerja dalam negara atau negeri sendiri semata-mata, sebaliknya perlu bersifat lebih terbuka.

“Mahasiswa juga tidak boleh mengharapkan kerja makan gaji sahaja, mereka boleh menjadi seorang usahawan, tidak semestinya perniagaan berskala besar, boleh sahaja mula secara kecilan.

Perniagaan yang kecil juga mampu memberi pulangan yang besar sekiranya diusahakan berterusan,” katanya pada program Santai Mesra Mahasiswa di kediaman rasmi beliau, dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan disertai hampir 300 orang mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Dalam pada itu Azlan turut mengingatkan semua mahasiswa agar menolak kenyataan berunsur fitnah supaya pemikiran mereka tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.

Azlan berkata mahasiswa adalah bakal pemimpin yang akan mencorakkan masa depan negara, justeru mereka perlu berfikir secara rasional.

“Mahasiswa perlu menggunakan kepintaran mereka untuk memilih maklumat yang bukan sampah, yang berfaedah kepada diri,” katanya.- BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd