• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unta Disingkir Pertandingan Ratu Cantik Kerana Botoks

oleh
27/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sebanyak 12 unta dilarang daripada menyertai pertandingan ‘ratu cantik’ unta setelah dikesan pernah disuntik botoks semata-mata untuk menampakkan bahagian bibir lebih menawan.

Menurut laporan media Arab Saudi, beribu-ribu ekor unta berarak ke Festival Unta Raja Abdul Aziz untuk dinilai keadaan bentuk bibir dan bonggol mereka untuk dinobatkan sebagai unta paling cantik di negara tersebut.

Acara tahunan ini bagaimanapun dicemari skandal setelah ramai berebut mahu hadiah wang tunai sebanyak 20 juta riyal (hampir RM21 juta) bagi setiap kategori menyebabkan sesetengah pemilik sanggup menipu penganjur.

Ciri-ciri utama pemenang dalam pertandingan ‘ratu cantik’ unta tersebut adalah haiwan mamalia gurun berkenaan lazimnya mesti memiliki rupa bentuk kelopak mata dan telinga yang agak besar, lapor laman berita tempatan.

Namun terdapat syarat-syarat ketat terhadap penggunaan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk bahagian bibir unta atau mana-mana anggota tubuh yang didapati seperti sengaja dicukur atau dipotong bukan atas sebab perubatan.

Baca: Mahal Tetapi Susu Unta Semakin Popular Di Australia

Juga: Unta Iran Ada Nombor Plat Ekoran Banyak Nahas Trafik

Tahun ini juga, puluhan unta terpaksa dilarang pihak pengelola festival daripada menyertai pertandingan tersebut setelah doktor haiwan mendapati sebahagian daripada mereka rupa-rupanya sudah menjalani pembedahan plastik.

“Unta itu juga diberi suntikan botoks di klinik doktor veterinar. Mereka menggunakan botoks pada bibir dan hidung  malah juga pada tulang rahang,” Ali al-Mazrouei, anak seorang penggembala unta memberitahu akhbar setempat.

“Ini menjadikan saiz kepala unta ini menjadi lebih besar. Jadi apabila unta tersebut tiba di festival, (penonton) akan mengatakan ‘lihatlah, betapa besarnya kepala unta itu. Mata dan hidungnya adalah cukup besar.”

Setelah larangan itu dikenakan, ketua hakim pertandingan, Fawzan al-Madi, memberitahu Reuters: “Unta adalah simbol Arab Saudi. Dulu kami jaga untuk keperluan harian. Sekarang kami jaga sebagai kegiatan masa lapang.”

Festival sepanjang sebulan itu adalah yang acara pertandingan paling besar di negara rantau Teluk itu dan melibatkan sehingga 30,000 ekor unta, lapor laman The Guardian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudiunta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd