• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Pengundi Tidak Terpengaruh Undi Rosak

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – UMNO yakin pengundi bijak tidak akan terpengaruh dengan kempen undi rosak yang ditularkan pihak tertentu bertujuan memboikot pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bukan sahaja tidak rasional malah bercanggah dengan sistem demokrasi yang menjadi tunjang kepada sistem pentadbiran negara.

Katanya peluang mengundi wajar digunakan sebaiknya oleh mereka yang layak kerana ia adalah hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh rakyat.

“Rosakkan undi ini adalah kerja orang yang tidak rasional, sasau dan tidak tahu hala tuju untuk menentukan masa depan negara.

“Kita akui setiap kerajaan yang memerintah ada kelemahan tetapi sebagai rakyat, kita wajib mengundi dan harus bijak memilih parti yang terbaik untuk menentukan masa depan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampungku Indah dan Harmoni Seberang Perak di Dataran Felcra Seberang Perak dekat sini, hari ini.

Kempen #UndiRosak, #SpoiltVote dan #ProtesPRU kini tular menerusi laman sosial bagi mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada PRU akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan, tiada beza sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata kempen undi rosak itu dilihat tidak akan memberi kesan besar kepada BN kerana ia hanya melibatkan segelintir kelompok yang mempunyai agenda peribadi.

“Mungkin ada yang buat kerja ini tapi seorang dua. Tidak kuat mana dan mungkin kecewa sebab ada kepentingan peribadi yang tidak dipenuhi,” katanya sambil mengingatkan pengundi supaya bijak memilih demi masa depan dan kemajuan negara. – BERNAMA

Tags: #undirosakDatuk Seri Tajuddin Abdul RahmanUndi Rosak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin...

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd