• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tribunal Aduan Pesawah Bakal Ditubuhkan

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkemungkinan menubuhkan satu tribunal aduan untuk pesawah yang berhadapan masalah kadar pemotongan gred padi terlalu tinggi oleh pengilang hingga menjejaskan pendapatan mereka, dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sehubungan itu, pesawah yang menghadapi masalah itu boleh membuat aduan secara terus kepada tribunal berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tribunal itu nanti akan terdiri daripada antaranya pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ataupun pesawah yang dilantik PPK, pengilang dan juga kementeriannya dengan berperanan sebagai badan pihak ketiga yang antaranya untuk menilai pemutuan dan pemotongan gred padi.

“Kita akan cari jalan…mungkin kita akan uruskan yang mana berlaku ketidakpuasan hati, akan ada pihak ketiga untuk menilai apakah pemutuan sebenarnya. Jadi ini antara pilihan yang kita boleh lakukan, dan saya akan berbincang dengan semua pihak berkepentingan dan mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program santai bersama peladang muda dan penduduk kampung sekitar Kubang Rotan di Kampung Masjid di Kubang Rotan dekat sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata ini kerana hasil pertemuannya bersama golongan pesawah serta pelbagai pihak mendapati kebanyakan mereka mengadu isu besar dihadapi mereka adalah berkaitan pemutuan dan pemotongan gred yang tinggi oleh pengilang hingga mengurangkan pendapatan pesawah.

Beliau berkata pihak tribunal itu nanti juga akan mencari langkah penyelesaian untuk menangani pengilang yang didapati mengambil kesempatan ke atas pesawah dalam isu pemutuan dan pemotongan gred padi itu berdasarkan peraturan sedia ada dan begitu juga sebaliknya sekiranya terdapat pesawah yang membuat aduan tidak benar.

Selain itu, Ahmad Shabery berkata beliau juga akan berbincang dengan semua pihak berkaitan untuk melihat kemungkinan supaya mengehadkan jumlah pemotongan gred padi oleh pengilang hanya antara 25 hingga 26 peratus dalam usaha membantu golongan pesawah mendapatkan pendapatan sepatutnya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat kira-kira 200,000 pesawah di seluruh negara setakat ini, yang mana 54,000 orang daripadanya adalah pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). – BERNAMA

Tags: Pesawah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bukan Pesawah Saja Terbeban, Kerajaan Turut Tanggung Tekanan Besar’ – Mohamad Sabu

‘Bukan Pesawah Saja Terbeban, Kerajaan Turut Tanggung Tekanan Besar’ – Mohamad Sabu

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bukan hanya pesawah yang berdepan bebanan, malah kerajaan turut menanggung tekanan besar susulan peningkatan harga minyak global...

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd