• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Syarikat ‘Songlap’ Minyak Masak Bersubsidi

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik balik lesen lapan syarikat pembekalan minyak masak bersubsidi kerana didapati terbabit melakukan penyelewengan bahan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata syarikat terlibat antaranya terletak di Seremban, Negeri Sembilan; Johor Bahru, Johor; Sandakan, Sabah; dan Terengganu.

Beliau berkata ​​​tindakan tegas itu perlu diambil sebagai antara komitmen dan keseriusan pihak kerajaan dalam menangani penyelewengan minyak bersubsidi oleh pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan.

​​​​​​”Pembatalan lesen ini turut melibatkan rampasan lebih 2,000 metrik tan minyak masak bersubsidi. Kita akan memberikan lesen bekalan minyak syarikat yang dibatal kepada syarikat lain.

“Ini untuk memastikan bekalan minyak masak bersubsidi di sesuatu kawasan itu tidak terjejas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Selama di dekat sini, hari ini.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut mengulas kejayaan KPDNKK Parit Buntar pada 24 Januari lalu merampas 3,485 paket minyak masak bersubsidi bernilai RM8,364 yang cuba diselewengkan di sebuah premis di Bagan Serai.

Selain itu, Hamzah berkata KPDNKK telah mewujudkan pasukan khas untuk membuat risikan sejak enam bulan lalu bagi membanteras kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi di negara ini.

Tambahnya, ketika ini terdapat 270 syarikat pembekal minyak masak bersubsidi yang diberikan kontrak membekal minyak masak di negara ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainudinKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd