• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Identiti Satu Lagi Jasad Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) mengenal pasti identiti satu lagi jasad mangsa nahas Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia sebagai Cindy Clarissa Soetjipto.

AirAsia, dalam kenyataan terkininya di sini malam tadi, menyatakan AirAsia Indonesia dengan rasminya menyerahkan jasad penumpang kepada keluarganya semalam.

Setakat ini, 39 daripada 50 jasad telah dikenal pasti identiti dengan sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) menyambung operasi mencari di kawasan pencarian utama.

Kapal-kapal SAR, helikopter dan pasukan penyelam laut telah dikerah ke kawasan pencarian utama untuk meninjau dasar laut sebelum penemuan mayat penumpang dan bangkai pesawat kerana disyaki lebih banyak mayat yang mungkin terperangkap di bawah bangkai itu.

Bagaimanapun, tidak ada penemuan tambahan yang dilaporkan hari ini.

Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas pada 28 Disember lepas semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura dengan membawa 155 penumpang dan tujuh kru.

Mereka yang berada dalam pesawat malang itu terdiri daripada 155 penumpang warga Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang rakyat Britain dan seorang warga Perancis. – BERNAMA

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd