SELEPAS melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang tahun 2017 yang lalu, kini Kamal Adli boleh tersenyum gembira selepas dia menerima durian runtuh!
Baca: Baru Hilang Motor, Kereta Kamal Pula Remuk
Juga: Terus Ukir Nama, Kontroversi Buat Kamal Lebih Matang

Tahun lalu boleh dikatakan sebagai tahun yang agak perit bagi pelakon drama Sha & Shah itu.
Semuanya bermula apabila hubungan percintaannya bersama dengan Emma Maembong mula retak, ditambah pula dengan kejadian motosikal berkuasa tingginya pula hilang ketika diletakkan di rumah.
Lebih menyedihkan apabila Kamal telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan ianya telah mengakibatkan kereta miliknya remuk selepas menerima hentaman yang kuat.

Namun hari ini Kamal telah berjaya keluar daripada ujian itu apabila dia telah memiliki sebuah kereta mewah berjenama Mercedes Benz CLA 45 AMG yang berharga hampir setengah juta ringgit!
Semuanya ‘bocor’ apabila kenalan Kamal yang turut merupakan rakan kongsinya telah memuat naik video pelakon tersebut bersama-sama dengan baby baharunya.
Video itu turut tular di media sosial serta menarik minat netizen untuk berbincang mengenainya serta menganggap itu bagaikan self reward kepada Kamal setelah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup.

Oleh kerana video itu telah tular, pihak mStar Online berjaya menghubungi Kamal bagi mendapatkan penjelasannya tentang kereta mewah tersebut sebelum ianya disalah anggap oleh netizen.
“Itu kereta ganti je. Hari tu kan accident, jadi insurance dapat cover balik dan dapat lah balik kereta.
“Ala tu kereta biasa je bukannya Ferrari ke GTR ke, Merc je. Kawan saya tu lah dia pergi update pulak.
“Tapi sebenarnya saya turut berterima kasih dengan pihak insurance sebab sudi bekerjasama dan Alhamdulillah saya dapat balik kereta saya,” katanya menerusi perbualan telefon itu.

Ketika ditanya tentang plat keretanya yang agak unik dan boleh dikatakan plat yang mahal, Kamal menjelaskan bahawa nombor plat tersebut merupakan milik pihak Seniman.
“Itu plat Seniman, saya beli sebab saya support Seniman!
“Syukur Alhamdulillah Allah dah murahkan rezeki saya untuk bisnes saya dan untuk sesiapa yang nak berjaya, nak tips semua cari la saya okay!” tambahnya lagi sambil ketawa.
Siapa sangka, lepas pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi akhirnya Kamal berjaya memiliki kereta mewah hasil usaha penat lelahnya sepanjang bergelar anak seni. – MYNEWSHUB.CC/AH

