• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri, OKU Antara 89 Penagih Dadah Ditahan

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sepasang suami isteri antara 89 penagih dadah yang ditahan di dua lokasi di daerah Melaka Tengah, dalam Op Sarang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Zulkiflee Rashid berkata pasangan berusia 37 tahun itu ditahan di Krubong di sini, dan lelaki berkenaan yang merupakan bekas tentera mengaku dia serta isterinya, masing-masing mengambil dadah jenis syabu dan heroin sejak empat tahun lepas.

Beliau berkata dalam operasi bermula 3 pagi tadi hingga 4 petang ini, tiga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cacat pada tangan berusia 37 hingga 40 tahun, turut ditahan kerana disyaki penagih dadah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk ujian saringan urin.

“Turut ditahan seorang lelaki warga Thailand dan semua yang ditahan berusia 21 hingga 60 tahun, dan kebanyakan mereka tidak bekerja.

“Lima lelaki berusia 30 hingga 40-an turut ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dan heroin, masing-masing dianggarkan 1 gram dan 48.77 gram bernilai kira-kira RM1, 000,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan di sini, hari ini.

Zulkiflee berkata lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai sarang penagih dadah di daerah Melaka Tengah dan serbuan dilakukan hasil aduan orang awam.

Katanya operasi bersepadu dengan bantuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Krubong dan Sungai Udang itu, dijalankan serentak.

Beliau berkata ia selaras dengan usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat selain menghapuskan sarang penagihan di Melaka.

Sementara itu, beliau berkata seorang lelaki berusia 30-an yang merupakan orang dikehendaki polis turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah samun kedai 24 jam di sekitar daerah Melaka Tengah, sejak setahun lepas. – BERNAMA

Tags: dadahSupt Zulkiflee Rashid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd