• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HPN 2018 Di Padang, Sumatera Barat 9 Februari Ini

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Hari Media Indonesia atau Hari Pers Nasional Indonesia 2018 (HPN 2018) di Padang, Sumatera Barat, pada 9 Feb ini, bakal menghimpunkan para peneraju pengamal media dari seluruh Indonesia, serta jemputan delegasi dari Malaysia.

Berdasarkan data Dewan Pers Indonesia, Indonesia merupakan negara yang memiliki jumlah pengamal media terbesar di dunia, sekitar 47,000 pengamal media meliputi media dalam talian, media cetak, television dan radio.

Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual merasmikan sambutan HPN 2018, simbolik penghargaan kepada media yang telah memainkan peranan besar dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan di Indonesia.

HPN 2018 dianjurkan para pengamal media di Indonesia yang terdiri daripada Dewan Pers Indonesia, Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Serikat Penerbit Surat Kabar (SPS), Asosiasi Televisi Swasta Indonesia (ATVSI), Asosiasi Televisi Lokal Indonesia (ATVLI), Persatuan Radio Siaran Swasta Nasional Indonesia (PRSSNI), Persatuan Perusahaan Periklanan Indonesia (PPPI), dan Serikat Media Siber Indonesia (SMSI).

Tanggal 9 Feb diumumkan sebagai Hari Pers Nasional oleh Presiden Indonesia ketika itu, Presiden Soeharto pada 1985.

Industri media di Indonesia bermula pada 1937 menerusi penubuhan agensi berita ANTARA pada 13 Dis 1937, dan media di negara jajahan Belanda itu terus berkembang menyalurkan aspirasi rakyat membangkitkan perjuangan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan.

Sambutan HPN diadakan secara bergantian di kota-kota di Indonesia, bagi membolehkan para peneraju media massa berhimpun dan membentangkan pelbagai usul berkaitan kepentingan mereka dan negara.

Peneraju media Malaysia menerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang diterajui Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, turut diundang ke sambutan HPN itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut diundang dan dijadualkan hadir ke HPN 2018. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd