• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pedati Emas Buat Penampilan Sulung Perarakan Thaipusam

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor tahun ini akan dimeriahkan lagi dengan penampilan pedati emas setinggi 6.7 meter yang julung kali digunakan pada perarakan sambutan itu bersama pedati perak yang menjadi tradisi selama ini.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Tan Sri R. Nadarajah berkata pedati emas bernilai RM5 juta itu dimasukkan dalam perarakan tahun ini bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihatnya.

Bagaimanapun, katanya, perarakan pedati emas tidak akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Kami mahu memberi peluang kepada penganut Hindu di ibu negara untuk melihatnya kerana mereka telah turut memberikan sumbangan untuk membina pedati emas yang disiapkan khas tahun lepas bagi sambutan ‘Vinyagar Sathurthi’.

“Pedati emas akan membawa arca Dewa Vinayagar manakala pedati perak seperti biasa akan menjunjung Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli dan Devi Theivanai,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata perarakan kedua-dua pedati itu akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, di sini, pada jam 10 malam, Isnin ini, dan dijangka tiba di di kuil Batu Caves pada jam 2 petang hari berikutnya.

Nadarajah berkata perarakan pulang dari Batu Caves hanya melibatkan pedati perak sahaja pada 1 Februari dan dijangka tiba di Kuil Sri Maha Mariamman pada tengah malam hari yang sama dan perarakan itu dijangka disertai seramai 200,000 penganut Hindu.

Thaipusam yang diraikan pada 31 Januari ini merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

Ia bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya, Dewi Parvati, bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.

Pada perayaan Thaipusam, penganut Hindu akan menunaikan nazar dengan menjunjung ‘Paal Kudam’ yang dianggap paling suci dan ‘Kavadi’ yang dihiasi cantik dengan menaiki ratusan anak tangga Batu Caves menuju kuil di dalam gua itu.

Nadarajah juga berkata seramai 1.5 juta penganut Hindu dan pelancong asing dijangka membanjiri Batu Caves yang terkenal dengan patung Dewa Murugan terbesar di dunia dengan ketinggian 42.7m pada sambutan Thaipusam tahun ini.

Beliau berkata kuil di Batu Caves yang turut menempatkan 400 gerai tidak akan ditutup dan beroperasi seperti biasa pada tempoh gerhana bulan yang dijangka berlaku pada malam hari Thaipusam.

Katanya, penganut Hindu boleh menunaikan nazar atau sembahyang pada waktu gerhana bulan pada hari berkenaan dan satu upacara khas (parigara pooja) akan diadakan pada malam itu selepas gerhana bulan.

Batu Caves merupakan kuil tunggal di negara ini yang akan membuka ruang kepada masyarakat India untuk menunaikan nazar pada tempoh berlakunya gerhana bulan.

Sementara itu, Nadarajah memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi penganut berikutan kerja-kerja baik pulih beberapa kawasan sekitar kuil itu yang tidak mungkin dapat disiapkan sebelum Thaipusam.

Di Malaysia, Thaipusam turut disambut meriah di Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani yang terletak di atas bukit di Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramaniar di kawasan batu kapur Gunung Cheruh, Ipoh, Perak. – BERNAMA

Tags: Tan Sri R. NadarajahThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd