• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Diperintah Bela Diri

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas timbalan pengerusi eksekutif Malaysian Merchant Marine Berhad membela diri atas tiga pertuduhan memiliki maklumat dalaman saham syarikat perkapalan itu, lapan tahun lepas.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap R. Ramesh, 55, dan menetapkan 16 April ini untuk tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.

Lelaki itu didakwa mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum iaitu cadangan oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) untuk menurunkan penarafan kreditnya ke atas Al-Bai’ Bithaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS) Malaysian Merchant Marine Berhad.

Seseorang yang mengetahui maklumat itu akan memberi kesan material ke atas harga atau nilai saham, sehubungan itu, tertuduh telah melupuskan lebih 10 juta unit saham miliknya yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat.

Ramesh dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini pada 11 Jan, 19 Feb dan 22 Feb, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda minimum RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Peguam Chong Loon Meng, yang mewakili tertuduh, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil tujuh orang saksi dan anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Sekuriti, Hashley Tajudin. – BERNAMA

Tags: Malaysian Merchant Marine Berhad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd