• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Morais: Tertuduh Pakar Patalogi Berang

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perbicaraan hari pertama prosiding membela diri kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi hari ini menjadi tegang apabila tertuduh pertama, pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran naik berang dan menjerit ketika memberi keterangan.

Kunaseegaran, 55, pada mulanya tenang menjawab soalan demi soalan diajukan peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakilinya.

Dia bagaimanapun naik berang apabila peguam itu bertanya tentang responsnya terhadap teori yang mengatakan dia begitu marah terhadap Kevin Morais yang mengendalikan kesnya di Mahkamah Shah Alam sebelum ini, sehingga mahu melakukan sesuatu yang buruk ke atas Kevin Morais.

“Kevin Morais adalah pendakwa raya, kerja dia memang mendakwa, dia cuma melakukan kerja dia. Kalau kata saya gembira dia dakwa saya, sudah tentu tidak. Tetapi saya sudah guna undang-undang untuk membela diri saya. Saya biarkan peguam bercakap bagi pihak saya. Saya tidak pernah cakap apa-apa pada Kevin Morais, pada saudara maranya.

“Semua orang seperti mengatakan saya kecewa dengan Kevin Morais. Apa buktinya yang kamu semua ada? Tunjukkan saya satu bukti! Adakah saya pernah mengugut sesiapa?! Tidak!!,” katanya dengan nada menjerit sebelum ditenangkan peguam belanya itu.

Seketika kemudian setelah Kunaseegaran yang memakai sut hitam dan bertali leher itu berjaya menenangkan dirinya, dia berulang kali meminta maaf kepada mahkamah dan berkata dia berada di dalam penjara selama dua tahun setengah dan merasa sangat tertekan dan tidak berniat untuk memarahi mana-mana pihak.

Hakim Datuk Azman Abdullah turut menasihati tertuduh supaya bertenang dan menjawab soalan yang ditanya dengan baik kerana semua keterangan tertuduh akan direkod.

Kepada soalan lain Sivananthan, Kunaseegaran berkata dia telah didakwa atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Shah Alam dan Kevin Morais turut memudahkan urusannya dalam mendapatkan jaminan dalam kes itu.

“Kenapa saya perlu marah dengan Kevin, saya menghadapi perbicaraan saya dengan baik, tidak ada sebab untuk saya menyakiti sesiapa (termasuk Kevin Morais),” katanya.

Terdahulu, kepada soalan Sivananthan bilakah dia mengetahui tentang kematian Kevin Morais, Kunaseegaran berkata pada 15 Sept 2015 ketika dia ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kepong dan salah seorang anggota polis memberitahunya tentang perkara itu.

Katanya dia kemudian memberitahu anggota polis bahawa dia akan memberi kerjasama dan memberitahu apa sahaja yang dia tahu bagi membantu pihak polis.

Sementara itu kepada cadangan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika pemeriksaan balas bahawa hanya Kunaseegaran yang mempunyai motif untuk membunuh atau mengupah individu untuk membunuh Kevin Morais kerana mendiang yang mengendalikan kesnya di Mahkamah Shah Alam, saksi itu berkata dia tidak bersetuju.

Kepada soalan lain adakah Kevin Morais merupakan seorang timbalan pendakwa raya yang bagus, saksi itu berkata “Ya, saya rasa begitu. Saya tidak tahu tetapi apa yang saya lihat, dia bagus,” katanya yang turut memberitahu Kevin Morais bukan ancaman kepadanya.

Ketika pemeriksaan semula Sivananthan, Kunaseegaran berterusan menegaskan dia tidak menganggap Kevin Morais sebagai musuh sebaliknya menghormatinya sebagai timbalan pendakwa raya.

Kunaseegaran, R.Dinishwaran, 26; A.K Thinesh Kumar, 25; M.Vishwanath, 28; S. Nimalan, 25, S.Ravi Chandaran, 47, didakwa membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemukan di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015.

Perbicaraan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mana Pergi Pen Drive Kait Pembunuhan Dengan 1MDB?”

09/10/2018
0

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang beberapa kali mengaitkan...

‘Peguam Doktor Tentera Suruh Saya Mengaku Bunuh Kevin Morais’

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd