• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Dadah, Pijak Muka Anak Saudara Usia 2 Tahun

oleh
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADIS… Padah ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup, seorang lelaki berusia 23 tahun tergamak memijak muka dan memukul anak saudaranya berusia dua tahun 11 bulan.

Menurut media tempatan, mangsa ketika itu sedang tidur dan kemudian mengalami sesak nafas akibat dipijak kuat suspek di sebuah rumah pangsa di Taman Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang lewat Rabu.

Ibu mangsa yang berada di luar rumah terkejut mendengar tangisan dan jeritan bayi lelaki itu sebelum mendapati adik tirinya sedang bertindak kejam memukul dan memijak muka zuriatnya pada pukul 9.15 malam.

Susulan laporan dibuat ibu mangsa, polis berjaya menahan lelaki terbabit di tempat kejadian kira-kira 1.19 pagi Khamis, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Mengulas lebih lanjut, beliau seterusnya berkata, wanita itu terdengar tangisan anaknya dan terkejut melihat adik tirinya memukul serta memijak badan anak lelakinya yang sedang tidur sehingga pernafasan sesak.

“Wanita berkenaan kemudian segera membawa anaknya ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan dan bersyukur apabila dimaklumkan bahawa anaknya itu mujur tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Laporan perubatan mendapati mangsa bengkak di muka dan kini dilaporkan stabil,” kata Noorzainy. Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana berada dalam ketagihan dadah dan mengalami tekanan hidup.

Ujarnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek yang juga penganggur mendapati positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video dibawah sekadar hiasan…

Tags: pijak muka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd