• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong China Merokok Dalam Pesawat Didenda

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang pelancong warganegara China didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merokok dalam tandas pesawat AirAsia yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau pada Selasa lepas.

Tertuduh Li Jin Ming, 41, dari Yunnan China membuat pengakuan itu selepas memahami pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus.

Mahkamah turut menetapkan supaya tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal bayar denda dan perlu merujuk kepada Jabatan Imgresen.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didapati merokok di dalam tandas D, pesawat AirAsia AK5746 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Lapangan Terbang Tawau pada 1.01 petang, 16 Jan lepas.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 100 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 206 (2)(a) peraturan yang sama denda denda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Dayang Nur Azarinahwaty Ag Kachee memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh atas alasan tindakannya boleh membahayakan keselamatan penumpang lain di dalam pesawat serta demi kepentingan awam dan sebagai pengajaran.

Tertuduh yang diwakili peguam Liew Hon Min bagaimana pun memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan kerana ia adalah kali pertama bagi tertuduh menaiki penerbangan ke luar negara.

“Sewaktu dalam penerbangan ke Tawau itu, tertuduh tidak mengetahui mengenai larangan merokok dan tiada pengumuman mengenai larangan tersebut dalam bahasa China,” katanya.

Beliau berkata kes itu turut mendapat liputan meluas sehingga ke China dan difahamkan, pihak berkuasa menerusi China Tourism Board akan mengenakan tindakan terhadap anak guamnya sekembalinya ke China. – BERNAMA

Tags: AirAsiaPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd