• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farah Tenang Jawab Isu Tak Hijab Lepas Balik Umrah

oleh
25/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTUDUNG atau tidak, ianya sama sekali tidak menentukan sama ada tinggi atau rendah iman seorang wanita Muslim.

Memakai tudung bukanlah perkara wajib tetapi menutup aurat itu yang diharuskan dalam Islam kerana seorang wanita Muslim yang taat pasti akan mengikut suruhan Yang Maha Pencipta.

Ekoran isu tidak bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah pada tahun lalu, pelakon Farah Nabilah kini mula membela dirinya.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 26, sangat berharap agar para peminatnya tidak menilai dirinya hanya kerana masih tidak bertudung sejak pulang mengerjakan umrah Disember lalu.

“Biasalah, apabila lihat artis mengerjakan umrah mesti akan ingat apabila pulang semula ke tanah air akan berubah 360 darjah menjadi individu lain.

“Apa saya buat selepas saya balik daripada umrah, imej saya dan hidayah, itu semua rahsia Allah. Kita semua tidak tahu,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Baginya, dia tidak mahu menjadi seorang wanita yang hipokrit kerana dia sahaja yang mengetahui tentang segala tindakan ataupun keputusan yang dilakukan untuk imej dirinya sendiri.

“Tidak semestinya orang tidak bertudung itu jahat dan orang bertudung semuanya baik. Kalau kita betul-betul baik, kita tidak akan menilai orang pun. Lebih baik muhasabah diri,” tambahnya lagi.

Bakat pelakon si cantik manis ini menjadi perhatian apabila dia digandingkan bersama dengan pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin menerusi drama Titian Cinta.

Drama itu sekali gus telah menaikkan namanya dengan cepat walaupun sebelum ini dia sudah menjadi pelakon utama dalam drama Papa Ricky pada tahun lalu.

Pada perkembangan lain, Farah telah tercalon dalam Top 20, Anugerah MeleTOP Era (AME2018) bagi kategori Pelakon Drama MeleTOP, Artis Baru MeleTOP dan Drama MeleTOP (Titian Cinta). – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Farah NabilahTitian Cintaumrah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd