• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Remaja Hidap Kanser Disambung Terbalik

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELFAST (Ireland Utara) – Seorang remaja yang kehilangan sebelah kaki akibat kanser kini berharap mampu berlari semula selepas kaki itu disambung dalam keadaan terbalik.

Tristin Stewart, 15, disahkan menghidap sejenis kanser tisu di kaki kanannya pada Jun tahun lalu dan memerlukan kakinya dipotong dari paras lutut.

Keadaan itu menyebabkan dia cacat dan sukar untuk bergerak walaupun memakai kaki palsu.

Bagaimanapun, doktor memilih satu pembedahan dikenali sebagai rotationplasty di mana kaki yang dipotong itu dibuang lutut dan tulang kering sebelum disambung semula dalam keadaan terbalik.

Pembedahan itu membolehkan doktor membina sendi lutut menggunakan tapak kaki pesakit, sekali gus memudahkan pesakit berjalan atau berlari menggunakan kaki palsu.

Stewart yang tinggal di County Tyrone kini memiliki kaki palsu yang disambung pada kaki dan dia kini mula belajar berjalan.

“Saya tidak kisah mengenai rupa kaki saya. Apa yang saya tahu, saya mahu berlari semula dan percaya saya mampu lakukan,” katanya kepada The Mirror.

Ibunya, Mandy, 32, berkata, anaknya sangat berani sepanjang proses rawatan sehinggalah dia diberitahu kakinya perlu dipotong.

“Tidak boleh bermain bola sepak atau sebarang sukan memusnahkan hidupnya. Dia seorang yang aktif.

“Apabila kali pertama melihat kakinya yang disambung semula kami sangat terkejut tetapi kini kami boleh membiasakan diri,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: Kakiremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd