• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Indonesia: Semua Pelajar Malaysia Selamat

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini mengesahkan bahawa semua pelajar Malaysia yang berada di sekitar kawasan berlakunya gempa bumi di Lebak, Banten, Indonesia selamat.

KPT dalam kenyataan berkata kesemua 844 pelajar Malaysia dengan pecahan mengikut kawasan iaitu di Jakarta (194), Bandung (155) dan Bogor (495) pada masa kini dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan mengikut arahan semasa pihak berkuasa tempatan.

Menurut kementerian itu, hasil daripada laporan yang diterima melalui Education Malaysia Indonesia (EMI) telah memaklumkan bahawa kejadian gempa bumi dengan ukuran 6.4 pada Skala Richter berlaku antara jam 1.34 petang (Waktu Indonesia Barat) iaitu lebih kurang 12.34 tengah hari waktu Malaysia, telah menjejaskan sekitar daerah Lebak.

Susulan insiden tersebut, EMI juga turut melaksanakan pemantauan dan akan melaporkan keadaan dari semasa ke semasa, katanya. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd