• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Gesa Pengendali Perkukuh Keselamatan Data

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata beliau memandang serius laporan berhubung insiden ketirisan data peribadi penderma organ di negara ini.

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang menjalankan siasatan mengenainya bersama pihak polis.

“Maklumat lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan JPDP selepas siasatan selesai dijalankan. Mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Salleh menggesa pihak yang memproses data peribadi atau mengendalikan sistem pangkalan data agar memastikan tahap keselamatan pengurusan data masing-masing diurus dengan cekap, berhemah dan berintegriti bagi mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan.

Kebocoran data peribadi seperti kod penderma, nama penuh, MyKad dan nombor telefon itu dilapor melibatkan lebih 220,000 penderma organ di Malaysia.

Mengulas perkara sama selepas merasmikan Kongres Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) 2018 di sini, Salleh berkata langkah memperkukuh keselamatan data perlu dibuat supaya data berkenaan berada dalam keadaan terkawal dan tidak dikongsi dengan pihak lain tanpa kebenaran.

Beliau berkata kementeriannya menyediakan beberapa peraturan yang perlu diikuti pemegang dan pengguna data bagi memastikan ia tidak bocor kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Setiap pengendali data perlu meningkatkan tahap keselamatan data mereka. Kini pelbagai teknologi berkaitan keselamatan data boleh diperoleh bagi memastikan ia betul-betul terjaga,” katanya kepada pemberita.

Berucap merasmikan majlis itu, Salleh berkata kongres berkenaan merupakan platform terbaik bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan teknologi terkini serta peluang melebarkan sayap perniagaan.

“Ini merupakan satu usaha praktikal untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda dan seterusnya memantapkan dan mengukuhkan lagi perniagaan mereka,” katanya.

Kongres dua hari yang bermula semalam itu dihadiri lebih 3,000 usahawan dengan tujuan menaikkan prestasi golongan usahawan supaya mampu terus bertahan dan bersaing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd