• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siswazah Usah Takut Tentang Arus – Pro-Canselor UiTM

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siswazah bumiputera perlu berani menentang arus dengan melakukan pekerjaan di luar bidang dipelajari demi mengumpul pengalaman kerja.

Pro–Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Arshad Ayub berkata mereka juga digalak menceburi bidang keusahawanan dan tidak memperlekeh bidang berkenaan.

“Memang graduan akan memilih kerja mengikut bidang (yang dipelajari), kadang-kadang setahun, dua atau tiga tahun belum dapat pekerjaan sesuai. Namun jangan takut untuk mencari pengalaman dalam bidang berlainan misalnya perniagaan. Jangan harap makan gaji.

“Jual nasi lemak sekalipun tidak mudah, pelbagai perkara harus difikirkan. Siapa yang nak pergi pasar, siapa nak masak, siapa nak cari pelanggan? Ia bukan mudah,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan terbitan Bernama News Channel di sini hari ini.

Menurutnya sikap sesetengah siswazah yang mempunyai jangkaan terlalu tinggi terhadap kerjaya yang mahu diceburi tanpa memikirkan realiti sebenar pekerjaan juga menjadi punca mereka masih mengganggur.

Katanya ada lepasan Diploma Pengurusan Perladangan menolak pekerjaan di ladang kerana menyangka mereka akan bekerja di dalam pejabat berhawa dingin sedangkan ia memerlukan mereka memantau ladang.

Bagaimanapun beliau berkata majikan perlu memberi peluang kepada siswazah untuk mereka menyesuaikan diri dengan pekerjaan termasuk memberi tunjuk ajar.

Majikan, katanya tidak boleh mengharapkan siswazah tahu segalanya dan mahir melakukan kerja mereka dalam masa yang singkat.

Dalam pada itu, beliau berkata Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), UiTM akan mengadakan ‘Royal Gala Dinner’ pada 9 Feb ini bertujuan mengumpul dana untuk menyokong pelbagai aktiviti AAGBS termasuk pemberian biasiswa serta membiayai penyelidikan dan penerbitan.

Ia dijadual diadakan di The Majestic Hotel di ibu negara. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Arshad Ayub
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan Orang Lain Dan Jangan Ada Hasad Dengki

18/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Jangan salahkan orang lain bila berlaku sesuatu masalah dan jangan ada hasad dengki, itu antara prinsip hidup...

Alumni UiTM Diingatkan Hargai Jasa Universiti

15/11/2018
0

SHAH ALAM – Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan supaya terus menghargai jasa universiti itu yang menjadi antara tempat mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd