• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Akan Terus Kukuh Berbanding Dolar US

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar US tahun ini kepada nilai saksama antara 3.80 dan 3.90 bagi mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh.

Pengarah Urusan Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM), Teng Chee Wai, berkata pemulihan beransur-ansur unit domestik itu sihat bagi negara, yang membolehkan pengeksport membuat pelarasan dengan persekitaran baharu itu.

“Ringgit teruk terjejas sejak 2015. Perubahan dasar pada 2016 membantu, terutama dalam menggalakkan pengeksport membawa pulang 75 peratus daripada keuntungan dalam ringgit,” katanya pada taklimat media mengenai unjuran pasaran, di sini hari ini.

Mengenai langkah kerajaan untuk tidak menambat semula ringgit kepada dolar US, Teng berkata langkah itu merupakan jaminan kepada pelabur asing.

“Ini sihat, ia memberi petanda jelas dan menghapuskan cakap-cakap ringgit akan ditambat. Saya berpendapat tindakan itu baik untuk mata wang tempatan. Bagi pelabur asing, mereka mahu ringgit didagangkan bebas, dan jaminan itu penting bagi pelabur asing,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan menambat ringgit berbanding dolar US.

Najib juga berkata pelabur dan pasaran global hilang keyakinan ke atas Malaysia susulan tambatan ringgit kepada dolar US pada September 1998 semasa krisis kewangan Asia. Ia dimansuhkan pada Julai 2005.

Affin Hwang AM berkata pertumbuhan yang selari dalam pasaran pesat membangun dan membangun, positif kepada aset risiko, dengan kitaran semula pendapatan positif terus menyokong pasaran.

“Kami menjangkakan 2018 merupakan pasaran pelaburan tekanan, dengan risiko berterusan pada separuh pertama tahun ini dan pelabur memanfaatkan momentum bagi meraih sebanyak mungkin pulangan dalam tempoh itu,” kata Teng.

Beliau berkata sentimen positif dalam pasaran dan pemulihan dalam harga minyak mentah akan membantu merangsang momentum dan meneruskan rali.

“Pasaran kekal dalam kedudukan yang baik dengan pertumbuhan positif dan inflasi yang rendah yang mengekalkan pengetatan dasr da mewjudkan kedudukan yang tepat ke atas aset risiko,” kata Teng.

Namun, turun naik akan meningkat pada separuh kedua tahun ini dengan pasaran membuat pelarasan untuk mengembalikan kitaran penurunan kadar, dengan bank-bank pusat dunia dijangka menurunkan kadar faedah secara beransur-ansur dan memulakan semakan semula lembaran imbangan masing-masng, katanya.

Sementara itu, Affin Hwang AM berkata , ia berada pada kedudukan yang bak untuk merealisasikan RM50 bilion aset dalam pengurusan tahun ini dan akan terus meluaskan penawaran pelaburan termasuk kelas aset alternatif seperti ekuiti swasta dan hartanah.

Mencatat antara pertumbuhan trakjektori paling kukuh dalam sejarah syarikat itu, aset dalam pengurusannya meningkat lebih RM11 bilion pada 2017 untuk mencecah RM47.3 bilion sehingga Disember 2017. – BERNAMA

Tags: dolar USringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd