• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar BN Berjaya Tingkat Ekonomi, Sosial Rakyat

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Janji-janji yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum ke-13 ditunaikan menerusi pelbagai dasar dan perancangan jangka panjang yang kini dilaksanakan kerajaan Negeri Sembilan.

Mengambil contoh dasar jaringan keselamatan sosial, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dasar itu terbukti menjadi sebuah dasar holistik sehingga mengubah landskap pembangunan negeri, ekonomi, kebajikan, sosial dan taraf hidup rakyat di negeri ini.

“Misalnya dalam soal perumahan… disebabkan harga rumah yang ada di pasaran sekarang tidak mampu dimiliki lagi kerana harganya melambung tinggi, kerajaan negeri telah menyediakan satu dasar bagi menyelesaikan masalah ini iaitu Dasar Perumahan Negeri Sembilan (2015) yang bertujuan meningkatkan kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program Sepetang Bersama Pemimpin di bangunan Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua NSWO Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Mohamad berkata kerajaan negeri pimpinannya juga amat menitikberatkan soal pendidikan rakyat.

“Saya telah bermesyuarat dan menyatakan hasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu dan perkara pertama yang bangkit setelah beberapa kajian dibuat ialah masalah penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris.

“Oleh itu, kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan kursus untuk guru-guru bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris supaya dapat diterapkan kepada para pelajar,” katanya.

Dalam soal pembangunan pula, Mohamad berkata Negeri Sembilan akan mengalami satu pembangunan yang sangat pesat di sekitar Seremban, Port Dickson dan Nilai menerusi projek Malaysia Vision Valley (MVV) yang akan memberi manfaat besar kepada masyarakat di negeri ini.

”Negeri ini akan terus membangun dan saya akan memastikan pentadbiran akan diuruskan dengan terbaik mungkin sekiranya diberikan kepercayaan oleh rakyat supaya kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah (pada PRU14 nanti).

“Saya hendak bangunkan lagi Negeri Sembilan… saya minta semua menyokong pemerintahan sedia ada pada pilihan raya (umum) akan datang agar segala yang dirancangkan dapat dilaksanakan,” katanya.

MVV adalah rancangan komprehensif jangka panjang kerajaan negeri yang melibatkan Seremban dan Port Dickson dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Sembilan. Ia adalah kesinambungan daripada Greater KL dan merupakan satu Agenda Transformasi Negara yang mengguna pakai pendekatan kerjasama awam-swasta. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan melahirkan rasa syukur kerana Ketua Strategi Komunikasi parti itu...

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd