• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbiran AS Kembali Pulih Setelah 3 Hari Lumpuh

oleh
23/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Agensi persekutuan Amerika Syarikat (AS) kembali pulih selepas lumpuh tiga hari kerana tiada bajet akibat pertikaian Kongres mengenai imigresen dan keselamatan sempadan.

Bagaimanapun hasil rundingan yang diteruskan, para anggota Dewan Senat dari parti Demokrat akhirnya bersetuju untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan buat tempoh sementara bagi pentadbiran persekutuan.

Media antarabangsa melaporkan keputusan bersejarah itu dibuat setelah puluhan anggota Kongres dari parti pemerintah Republikan bersetuju untuk membahaskan soal masa depan pendatang haram yang masih muda di AS.

Namun rang undang-undang belanjawan kerajaan yang diluluskan oleh majoriti ahli dewan tertinggi parlimen AS itu hanya untuk membiayai operasi beberapa agensi pemerintah persekutuan sehingga 8 Feburari depan.

Rang perbelanjaan sementara itu adalah yang keempat diluluskan sejak Oktober lalu kerana pihak Kongres secara teknikal belum lagi dianggap sudah mencapai kata sepakat mengenai satu belanjawan untuk jangka panjang.

Pada tengah malam Sabtu minggu lalu, sejumlah agensi persekutuan di seluruh negara lumpuh tidak dapat beroperasi dan ribuan kakitangan kerajaan yang dianggap sebagai sektor tidak penting akan diberi cuti tanpa gaji.

Bagaimanapun, petugas kritikal berurusan dengan keselamatan awam dan negara akan terus bertugas termasuk 1.3 juta askar aktif yang perlu bekerja tetapi tidak dibayar gaji sehingga belanjawan tersebut diluluskan Kongres.

Penutupan itu berlangsung pada ulang tahun pertama Donald Trump mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-45 namun pentadbiran beliau segera menyalahkan anggota minoriti dari Demokrat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd