• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Media Terengganu Hadiri Taklimat PRU

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lebih 70 petugas media daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik di Terengganu hari ini menghadiri taklimat pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Taklimat selama empat jam itu bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan tugas media sepanjang proses pilihan raya yang bakal berlangsung.

Petugas media Jabatan Penerangan, Shuhaimi Ahmad berkata taklimat itu sangat tepat pada masanya memandangkan pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) akan berlangsung tidak lama lagi.

“Selama ini SPR sentiasa diserang dari pelbagai sudut oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menimbulkan persepsi negatif terhadap kewibawaan dan ketelusannya.

“Namun, taklimat hari ini yang menceritakan proses perjalanan pilihan raya dari bermulanya pembubaran parlimen sehingga pewartaan keputusan pilihan raya baharu membuktikan SPR sangat telus dalam menjalankan tanggungjawabnya.

“Keyakinan kepada SPR semakin tinggi selepas saya mengikuti taklimat ini dan pasti saya akan berkongsi maklumat yang benar ini kepada lebih ramai orang di luar sana agar masyarakat tidak lagi terjebak dengan persepsi tidak tepat terhadap SPR,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry.

Petugas media dari Harakah, Khairul Azlam Mohamad pula berkata berdasarkan pemerhatiannya daripada taklimat itu, ketelusan SPR boleh dipercayai memandangkan semua prosedur sepanjang proses pengundian berjalan adalah sangat ketat.

“Kita berharap SPR akan betul-betul jadi orang tengah dalam proses pengundian PRU ke-14 nanti yang dijangka lebih sengit dari sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd