• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Kereta Keluarga Pegawai Kanan Kastam Dibakar

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Kastam terbakar di hadapan rumah kuarters yang didiaminya di Presint 11 di sini awal hari ini dipercayai perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, bahagian hadapan rumah Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Nur Azman Mat Jini hampir musnah akibat rebakan daripada kenderaan yang terbakar.

Rumah itu didiami enam orang iaitu mangsa, isterinya, anak perempuan, menantu lelaki dan dua orang cucu.

Dua kenderaan hangus iaitu sebuah Mercedes Benz milik isteri mangsa dan Perodua MyVi milik anak perempuannya manakala dua buah lagi iaitu Honda CRV milik mangsa dan Proton Saga milik menantunya terbakar di bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi berkata siasatan awal terhadap kes berkenaan mendapati ada unsur khianat.

Katanya barang kes khianat yang disyaki telah dijumpai di tempat kejadian iaitu kepala tukul di bahagian belakang Mercedes Benz dan pemetik api di lantai.

Rosly berkata kertas siasatan terhadap kejadian itu dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Md. Hilman Abd. Rashid berkata bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadam kebakaran.

Isteri mangsa, Noorhayati Khairuddin berkata beliau dan suaminya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan jiran yang meminta mereka segera menyelamatkan diri.

“Saya dan suami berada di bahagian atas terus turun ke bawah untuk kejutkan anak, menantu dan dua orang cucu.

“Ketika kejadian api mula marak di bahagian depan dan asap tebal mula menyelubungi tingkat bawah rumah sepenuhnya sehingga menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri. Kami sekeluarga menyelamatkan diri ikut pintu belakang rumah,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya yang ditemui dalam sidang media mengenai penyeludupan rokok ketika ditanya mengenai kes berkenaan berkata pihaknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Ditanya mengenai adakah pegawai berkenaan pernah menerima apa-papa ugutan, beliau berkata masih tiada maklumat mengenai itu.

“Soal ugutan memang telah biasa diterima pihak Kastam namun itu bukanlah penghalang kami untuk menjalankan tugas memungut hasil negara. Kita tak boleh gentar dengan sebarang ugutan yang diterima,” katanya. – BERNAMA

Tags: Terbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd