• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 6 Pusat Tahfiz Di Perlis Penuhi Kriteria Keselamatan

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Hanya enam daripada 15 pusat tahfiz bantuan kerajaan di Perlis memenuhi aspek keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis.

Pengarah JBPM Perlis, Mohd Fadzil Haroon berkata Pusat Giat Mara yang diberi kontrak menyelenggara dan membuat pendawaian di semua pusat tahfiz berkenaan dijangka menyiapkan kerja mereka di sembilan pusat tahfiz dalam masa terdekat.

“Kami telah memeriksa semua pusat tahfiz tersebut dan mendapati sistem pendawaian enam pusat tahfiz yang dibuat memenuhi kriteria JBPM,” katanya kepada media selepas perhimpunan tahunan JBPM peringkat negeri di sini, hari ini.

Mohd Fadzil berkata semua pusat tahfiz perlu dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran yang lengkap termasuk menyediakan alat pemadam api.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk meningkatkan aspek keselamatan kebakaran di semua pusat tahfiz di seluruh negara pada tahun ini.

“Kita mendoakan dengan langkah keselamatan yang diambil tiada lagi insiden kebakaran seperti yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur tahun lepas yang mengorbankan 23 nyawa termasuk dua tenaga pengajar pusat pengajian itu,” kata Fadzil.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan memohon peruntukan bagi membina Balai Bomba Beseri setelah mengenal pasti tapaknya.

“Balai Bomba ini akan memendekkan tempoh masa bertindak sehingga kurang 10 minit,” tambah Fadzil. – BERNAMA

Tags: pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd