• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Terima Memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional daripada 12 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk dipertimbangkan dalam penggubalan Dasar Perpaduan Nasional.

Memorandum bertemakan ‘Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara’ itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional Datuk Azih Muda di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di sini.

Ketika bercakap kepada pemberita, Azih, yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata memorandum itu merupakan rumusan serta ketetapan yang dibuat semasa Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan pada 23 Nov lalu di Kuala Lumpur dan dihadiri lebih daripada 320 NGO Melayu dan Islam.

Memorandum setebal 95 muka surat itu mengandungi 54 usul yang 19 daripadanya berkaitan politik, perlembagaan, undang-undang dan perlembagaan negara, 20 melibatkan usul ekonomi, tujuh usul berkaitan hal ehwal agama Islam, manakala selebihnya perkara-perkara lain.

Dokumen itu antara lain menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu semua strategi, dasar, program dan undang-undang untuk memupuk, mengukuh serta meningkatkan perpaduan nasional mestilah berasaskan kepada hakikat bahawa Peribumi adalah bangsa teras di Malaysia.

Dari perspektif ekonomi pula, memorandum itu meminta kerajaan menubuhkan sebuah lembaga amanah bagi mengurus dan membangunkan Tanah Simpanan Melayu serta tanah adat di Semenanjung selain mahu bank-bank tempatan mengkaji kadar pinjaman bagi tanah berkenaan.

Memorandum itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar ia menjadi mekanisme pemupukan, pengukuhan dan peningkatan patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda Malaysia.

Selain Azih, turut hadir pada majlis tersebut adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Zaini Ujang. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Selebriti tanah air, Azhar Sulaiman menyeru anggota masyarakat mempertahankan institusi raja daripada cuba diperlekehkan. Tegas beliau, Yang...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd