• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Sri Lanka Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

oleh Ahmad Albab
23/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang bekas penjaga stor warga Sri Lanka dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku salah memberi suapan kepada anggota polis, bulan lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Dazuki Ali juga memerintahkan Ummaheswaran Umaprasanth, 22, yang merupakan bekas pekerja syarikat tekstil di ibu kota dipenjarakan enam bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai RM150 kepada anggota polis Koperal Md Nor Azman Hujut di hadapan Kompleks Mahkamah Bentong dekat sini, pada 3 pagi, 22 Dis lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong itu untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melakukan kesalahan memandu tanpa lesen yang sah.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda hingga lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang masih bujang itu merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan ke atasnya kerana dirinya tidak lagi bekerja sejak ditangkap, tetapi masih menanggung keluarga di negara asal.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini kerana saya tidak tahu undang-undang Malaysia. Saya mohon maaf,” katanya dalam Bahasa Tamil yang diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Pegawai Pendakwa SPRM Kamariah Seman memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh dan wang rasuah yang terlibat dilucut hak milik kepada kerajaan Malaysia melalui SPRM.

Dazuki membenarkan permohonan itu. – BERNAMA

Tags: dendawarga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd