• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Gembira Bila Ramai Sayang Anak Kami” – Syatilla

oleh
23/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANAK-ANAK kepada selebriti popular pasti akan ‘terkena’ tempias populariti ibu bapa mereka dan itulah yang dihadapi oleh bayi lelaki pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam iaitu Syeriv Samheizy.

Bagi Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 27, dia langsung tidak terfikir untuk ‘menjual’ mahupun mempergunakan si kecil itu sebagai ‘umpan’ bagi menambah sumber pendapatan mereka.

Namun bagi pasangan suami isteri itu, usaha keras bekerja selama ini pastinya bertujuan untuk simpanan anak-anak mereka suatu hari nanti.

“Alhamdulillah rezeki dia sangat murah banyak tawaran dan kami juga merancang untuk keluarkan sendiri baju jenama Syeriv.

“Tiada istilah saya menjual anak atau mempergunakan dia kerana dari awal lagi saya sudah berbincang dengan suami bahawa pendapatan yang dia perolehi adalah untuk masa depan dia nanti,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Dalam masa yang sama, Syeriv turut tersenarai dalam pencalonan awal Top 20 Anugerah Meletop Era 2018(AME 2018) menerusi kategori Si Cilik Meletop.

Selain Syeriv, terdapat beberapa lagi anak selebriti yang lain turut tersenarai antaranya ialah Yusof Iskandar (anak Hairul Azreen & Hanis Zalikha), Aaisyah Dhia Rana (anak Zain & Che Ta), Lara Alana (anak Awal & Scha),Aisy Mateen (anak Fadzil Zahari & Yana Samsudin), Aqeef Anaqi (anak Amar Baharin dan Amyra Rosli) serta Keisha Laila (anak Nabila Huda dan bekas suami).

Dengan kehadiran si kecil itu dalam rumah tangga Syatilla dan Sam, ianya sedikit sebanyak telah memberikan mereka rezeki yang tak terhingga.

“Betul apa yang orang kata tentang rezeki anak. Saya nampak rezeki selepas melahirkan dia datang dalam pelbagai bentuk.

“Sekarang saya bersyukur ramai orang yang sayang dia dan mahu tengok dia,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun sebelum ini, kecoh di beberapa portal hiburan apabila Syatilla kononnya mengasari anaknya dengan cara mengoncang tangan si kecil itu.

Syatilla menafikan tuduhan yang tidak berasas itu kerana ianya cuma sekadar gurana dan lagusung tidak membahayakan mahupun mencederakan Syeriv.

“Itu perkara biasa dan mana ada ibu bapa yang ingin cederakan anak mereka sendiri.

“Syeriv memang suka bila buat begitu cuma ketika dalam rakaman tidak nampak dia ketawa. Bagaimanapun, saya ambil positif kecaman masyarakat dan saya sedar ramai yang ambil berat dan sayang dia,” tambahnya lagi.

Mungkin yang melihat dalam video akan nampak ianya seperti kasar tetapi hakikatnya tidak sama sekali dan netizen pun tak perlu bimbang kerana kehadiran Syeriv dalam hidup mereka bagaikan magis yang melengkapi semuanya. – MYNEWHSUB.CC/AH

Tags: anak kecilShaheizy SamSyatilla Melvin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Timang Anak Kedua

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15...

Syatilla Pergi Kerja, Shaheizy Sam Ambil Tugas Jaga Anak

24/10/2018
0

PELAKON Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa menjaga anak sulung mereka, Syeriv Samheizy. Sam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd