• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kebakaran Tokong

oleh AK-47
22/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes kebakaran Tokong Then Sze Koon berusia 154 tahun yang merupakan antara tokong tertua di Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan Temiang, dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Polis turut merampas sebuah tabung disyaki milik tokong yang terbakar, pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian dan sebuah motosikal dan helmet,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Thiew berkata melalui rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di tokong berkenaan mendapati terdapat seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di dalam tokong berkenaan sebelum kebakaran.

“Menerusi CCTV juga, suspek yang sama kelihatan menggeledah beberapa ruang pejabat di dalam tokong untuk mencuri wang. Bagaimanapun, anggaran kerugian belum dapat dipastikan,” katanya

Thiew berkata suspek yang disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, iaitu khianat menggunakan api dengan niat membinasakan bangunan akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok bagi permohonan reman.

Tokong Then Sze Koon yang terletak di Temiang musnah kira-kira 40 peratus dalam kebakaran, pagi Ahad tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tokong itu yang turut dikenali sebagai Centipede Temple adalah sebuah tokong bersejarah di Seremban yang didirikan pada tahun 1864 dan menjadi sebuah daripada lokasi tumpuan pelancong di sini. – BERNAMA

Tags: ditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd