• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TAT Guna Muzik Tarik Pelancong Ke Thailand

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) telah melancarkan sebuah album debut berjudul “Open to the New Shades” bagi mengetengahkan keindahan Thailand dan tarikannya kepada pelancong menerusi medium muzik.

Agensi Berita Thailand (TNA) melaporkan bahawa album debut itu menampilkan 13 lagu oleh Sekpol Unsamran, yang juga dikenali sebagai Koh Mr Saxman and the Sound of Siam.

Satu persembahan secara langsung lagu-lagu itu turut diadakan dengan 20 pemuzik dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam satu mini konsert, yang berlangsung pada Sabtu sebagai sebahagian daripada Pesta Pelancongan Thailand 2018.

Gabenor TAT, Yuthasak Supasorn, yang menegaskan bahawa muzik adalah bahasa sejagat, berkata menerusi kesemua 13 lagu yang indah ini, pelancong dari seluruh dunia tanpa mengira budaya atau pengalaman terdahulu, akan dapat merasai pengalaman dan ekspresi artis berhubung tarikan menakjubkan negara itu, makanan serta gaya hidup.

Ini akan menjadikan mereka teruja untuk meneroka Thailand dengan lebih lanjut, katanya.

Ini merupakan kali pertama TAT menggunakan muzik sebagai alat pemasaran untuk mempromosi pelancongan.

Album itu menampilkan satu gabungan muzik tradisional Thailand dan barat.

Tahun ini, TAT menyasarkan peningkatan sebanyak sepuluh peratus dalam ketibaan pelancong ke negara itu berbanding 35 juta orang pada 2017.

Ia mengunjurkan hasil pelancong berjumlah kira-kira 3 trilion baht (US$94.07 bilion) untuk Thailand tahun ini. – BERNAMA

Tags: ThailandYuthasak Supasorn
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd