• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Islam Berkembang, Produk Halal Meningkat

oleh AK-47
22/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Euromonitor International, syarikat penyelidik pasaran global, berkongsi trend terkini yang mempengaruhi pasaran halal apabila syarikat-syarikat berusaha meraih manfaat daripada kumpulan pengguna yang belum diterokai.

“Di peringkat global, penduduk Islam telah berkembang 18 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas berbanding dengan pertumbuhan global sebanyak 11 peratus dan ini memperkukuh permintaan produk halal antaranya bagi makanan, minuman, kecantikan dan fesyen,” kata Penganalisis Kanan Euromonitor, Emil Fazira, dalam webinar pada Jumaat lepas.

Beliau berkata golongan dewasa, sebagai pengguna utama media sosial dan Internet, mempunyai lebih banyak akses kepada trend terkini, pengalaman dalam makanan dan perkhidmatan, fesyen serta produk kosmetik.

“Di Asia, negara majoriti bukan Islam, seperti Singapura dan Filipina, adalah pasaran utama makanan dan minuman halal yang dipek, masing-masing berjumlah US$1.4 bilion (US$1 = RM3.94) dan US$7.5 bilion, sebahagiannya disebabkan oleh integrasi dan penerimaan produk halal dalam masyarakat umum,” katanya.

Beliau berkata Indonesia dijangka mencatatkan keuntungan jualan terbesar dalam dolar AS dalam tempoh lima tahun akan datang, berikutan saiz pasaran yang besar dan pertumbuhan unjuran positif. – BERNAMA

Tags: produk halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kempen Pelik, Cuba Sabotaj Ekonomi” – MCA

03/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kempen utamakan produk keluaran Islam yang disebarkan melalui media sosial dilihat sebagai bercanggah dengan semangat negara serta...

Boikot Produk Bukan Islam Tidak Konstruktif

30/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Kempen mengutamakan pembelian produk Islam dan boikot produk bukan bumiputera di negara ini hanya satu tindakan sia-sia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd