• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kedai Ditahan Rancang Samun Diri Sendiri

oleh Ahmad Albab
23/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam yang merancang samun ke atas dirinya sendiri semalam bersama dua rakan lain membawa padah apabila dia akhirnya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, lelaki berumur 23 tahun itu mendakwa disamun ketika mahu memasukkan wang tunai milik syarikat berjumlah lebih RM3,000 di sebuah bank berhampiran.

“Pekerja berkenaan melaporkan semasa kejadian dia berjalan kaki membawa wang tunai sebanyak RM3,060 untuk dimasukkan ke dalam sebuah bank, namun disamun dua lelaki yang menaiki motosikal.

“Dia mendakwa cuba melawan tetapi tidak berjaya dan penyamun tersebut terus melarikan diri selepas berjaya meragut beg sandang miliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata selepas kejadian, lelaki berkenaan datang ke Balai Polis Sungai Senam membuat laporan untuk rujukan syarikat selain takut jika dokumen pengenalan diri miliknya disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.

Mohd Ali berkata antara dokumen di dalam beg mangsa yang dilarikan ialah kad pengenalan, lesen memandu selain wang tunai RM200 serta telefon bimbit.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan telah merancang kejadian samun itu dengan menyuruh dua rakan masing-masing lelaki berumur 24 dan 22 tahun menarik beg sandang miliknya,” katanya.

Ketiga-tiga individu berkenaan ditahan di sekitar Ipoh semalam dan polis akan mendapatkan perintah reman ke atas semua mereka hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – BERNAMA

Tags: kedai serbanekasamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd