• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Jahitan Rawat Luka Cristiano Ronaldo

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan Cristiano Ronaldo menanggung kesakitan akibat luka di kepala yang dialaminya ketika perlawanan menentang Deportivo La Coruna.

Pemain Portugal itu meninggalkan padang dalam keadaan berlumuran darah di muka selepas bertembung pertahanan lawan, Fabian Schar ketika cuba menjaring gol keenam Real pada aksi di Stadium Bernabeu itu.

Bercakap kepada media selepas perlawanan yang berakhir dengan kemenangan Real 7-1, Zidane berkata: “Dia mengalami luka dan telah mendapat dua atau tiga jahitan dan kini dalam keadaan baik.”

Kecederaan yang dialami Ronaldo bagaimanapun berakhir dengan kemenangan buat pasukan itu selepas tiga kali tewas dalam perlawanan sebelum ini.

Mengenai sumbangan Gareth Bale, Zidane berkata: “Saya sentiasa mahu setiap pemain dapat beraksi di padang dan apabila mereka tiada, ia membuatkan saya rasa tidak senang.”

Tambahnya, ketika ini, pasukan itu tidak mempunyai dua pemain tengah dan ia sesuatu yang tidak menggembirakan.

“Bagaimanapun saya gembira dengan Gareth kerana dia menunjukkan aksi yang konsisten,” katanya.

Katanya lagi, sememangnya sesuatu yang positif dan hebat jika memenangi perlawanan terutama dengan tujuh gol di tempat sendiri.

“Bukan selalu kita dapat tujuh gol di Bernabeu, jadi ia satu hari yang sangat berbaloi dan mengujakan,” katanya. – SkySport/mStar Online

Tags: Cristiano Ronaldozidane
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd