• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Saran Wujud Klinik Senaman Di Setiap Daerah

oleh Ahmad Albab
23/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menggesa bagi menubuhkan klinik senaman di setiap daerah sebagai usaha untuk mecegah Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang semakin meningkat.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata ini sangat penting memandangkan dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan NCD.

“Terapi latihan menerusi klinik senaman berpotensi untuk mencegah NCD menerusi preskripsi jumlah senaman yang betul,” katanya kepada Bernama.

Terapi senaman berpotensi untuk merawat dan mencegah empat NCD utama iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti dan dislipidemia, menerusi preskripsi terapi yang betul.

Terapi yang juga berpotensi dijadikan rawatan alternatif bagi perubatan konvensional mencegah NCD itu terbukti mampu menghasilkan banyak perubahan positif kepada tubuh badan manusia, jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Dr. Hilmi berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan sektor swasta menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan menjalani gaya hidup sihat dengan berkunjung ke klinik senaman.

Beliau berkata beliau telah melawat Klinik Senaman Simfoni Baharu MS, klinik senaman pertama seumpamanya di Malaysia, di Bukit Jalil pada 16 Januari.

Klinik tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi membantu orang ramai mencegah penyakit kronik, menerusi protokol preskripsi senaman berkomputer untuk merawat dan campur tangan garis sempadan NCD dengan jumlah senaman yang sesuai.

Sementara itu, seorang ahli terapi senaman Prof. Dr. Lee Chee Peng berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah pada Persidangan Dunia Mengenai Perubatan Senaman (WCEM) ke-2 di Melaka pada September tahun ini.

Lee, yang juga naib pengerusi WCEM berkata persidangan itu bakal mengumpul saintis senaman, pakar perubatan, pakar terapi dan jurulatih untuk membincangkan perubatan senaman, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: KKMsenaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd