• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat Menteri Pendidikan Selaras Arahan JPA

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nasihat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung penglibatan pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru besar serta guru dalam politik kepartian pada majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM adalah selaras dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, nasihat dan teguran itu adalah selaras dengan surat siaran bertarikh 6 April 2009 iaitu Larangan Penglibatan Dalam Politik Ke Atas Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi Dan Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta bekerjasama supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah yang boleh mendatangkan keresahan khususnya kepada warga pendidikan serta boleh menjejaskan keyakinan masyarakat kepada golongan pendidik,” menurut KPM.

Jelas KPM, Menteri Pendidikan dalam ucapan pada majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 18 Januari telah memberi nasihat dan teguran secara umum kepada semua agar mengelakkan diri daripada berpolitik sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti sebagai penjawat awam serta melibatkan tahap kebencian dan fitnah terhadap kepimpinan negara serta kerajaan.

Menurutnya, Menteri Pendidikan juga tidak menyentuh secara khusus atau umum tentang siapa yang hendak dipilih dalam pilihan raya, malah menegaskan mereka perlu sentiasa bersikap profesional agar prinsip ‘berkecuali’ dan ‘tidak berat sebelah’ diamalkan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Nasihat dan teguran tersebut telah disalahertikan serta diperolok-olok oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan ditularkan di media sosial sehingga menimbulkan keresahan serta salah faham dalam kalangan warga pendidikan, kata KPM. – BERNAMA

Tags: Kementerian PendidikanPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd