• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tilam Bayi IKEA Ditarik Balik Sebab Jerat Budak Kecil

oleh
16/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pengeluar perabot terkenal Sweden, IKEA pada Rabu mengumumkan segera menarik balik kira-kira 160,000 tilam bayi keluarannya selepas beberapa laporan akhbar mendedahkan kes dua kanak-kanak terperangkap di lapisan itu.

Namun pengumuman secara mengejut itu cuma melibatkan pasaran Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Dominica bagi keluaran Ogos 2010 sehingga Mei 2014 membabitkan lima model Vyssa termasuk jenama Vackert, Vinka, Spelevink, Sloa dan Slummer.

“Tilam bayi Vyssa pada asalnya direka untuk memastikan persekitaran tidur yang nyaman dan selamat buat bayi dan kanak-kanak kecil tetapi mungkin ada bentuk tertentu mewujudkan jurang dengan katil sehingga menyebabkan bahaya,” kata jurucakap IKEA.

IKEA yang ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad pada 1943, sehingga akhir 2014 sudah memiliki 351 gudang di 46 negara termasuk sebuah di Malaysia manakala di AS, firma itu ada 40 gudang sejak mengembangkan cawangannya di negara itu pada 1985.

Jarak tidak selamat untuk tilam bayi dan katil. – Gambar hiasan

Firma itu mengesahkan kes dua budak kecil yang tersekat baru-baru ini diselamatkan tanpa cedera serius dan IKEA bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna demi memastikan insiden sama tidak lagi berulang pada masa depan.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan media meminta pengguna tempatan menghentikan penggunaan tilam tersebut jika mendapati ada jurang sebesar lebih dua jari antara tilam dan rangka lapisan luar katil yang boleh memerangkap tubuh kanak-kanak.

“Pengguna perlu menamatkan penggunaan tilam model berkenaan dan segera memulangkan balik kepada mana-mana gudang IKEA berhampiran untuk pertukaran kepada model lain atau mendapatkan bayaran balik pembelian,” kata suruhanjaya itu.

Pada September tahun lalu, gergasi perabot global itu terpaksa memanggil semula 20,000 buaian kanak-kanak selain hampir tiga juta kanopi katil bayi pada Mac sebelum itu dari gudangnya di seluruh dunia selepas mendapati ada potensi bahaya. – Agensi

Tags: IKEAkanak-kanakpenggunaperabottilam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1,668 pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terjejas berikutan aktiviti vandalisme dan kecurian ke...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd