• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan: Kerajaan Amerika Syarikat Ditutup

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi ditutup pada tengah malam kelmarin selepas anggota Demokrat dan Republikan di dewan Senat gagal mencapai kata sepakat untuk meluluskan belanjawan.

Pada sesi dramatik pada tengah malam itu, senator menghalang rang undang-undang untuk melanjutkan belanjawan kerajaan hingga 16 Februari ini.

Rang undang-undang itu memerlukan 60 undi daripada 100 anggota Senat tetapi hanya 50 yang menyokong.

Kebanyakan Demokrat menolak rang undang-undang itu kerana usaha mereka untuk memasukkan perlindungan kepada ribuan imigran muda dikenali sebagai Dreamers, gagal.

Rundingan itu ketua majoriti Senat, Mitch McConnell dan ketua Demokrat Senat, Chuck Schumer pada minit terakhir sebelum tengah malam gagal dan kerajaaan AS secara teknikal tiada wang selepas tengah malam.

Penutupan itu secara rasmi bermula semalam iaitu pada ulang tahun pertama Donald Trump mengangkat sumpah sebagai presiden AS.

Pentadbiran Trump segera menyalahkan Demokrat.

“Pada malam ini, mereka meletakkan politik lebih penting daripada keselamatan negara, keluarga tentera, kanak-kanak dan kemampuan negara untuk berkhidmat kepada semua rakyat,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Sehingga belanjawan itu diluluskan, sejumlah agensi persekutuan di seluruh negara tidak dapat beroperasi dan ribuan pekerja yang dianggap tidak penting akan diberi cuti tanpa gaji.

Bagaimanapun, kakitangan yang penting yang berurusan dengan keselamatan awam dan negara akan terus bertugas termasuk 1.3 juta askar aktif yang perlu bekerja tetapi tidak dibayar gaji sehingga belanjawan diluluskan. – Reuters/myMetro Online

Tags: Amerika SyarikatBajet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd