SIAPA tidak kenal dengan penyanyi dari sebarang, Cakra Khan yang mempunyai suara serak-serak basah mirip selebriti kacak, Afghan ini kan?
Pelantun lagu Harus Terpisah itu mengakui bahawa dia baru sahaja tiga hati putus cinta bersama bekas kekasihnya.
Menurut Cakra, ternyata peluang kedua yang diberikan buat kekasihnya itu dipersiakan apabila wanita itu ditangkap berlaku curang oleh penyanyi ini sendiri.
Katanya lagi, dia mengakui sedih dan sempat menangis saat kisah cintanya itu terputus buat kali kedua kerana merasakan peluang yang diberikan hanya sia-sia.

“Saya ditipu dua kali oleh orang yang sama, dan kali ini saya tidak akan menjalin hubungan cinta dengan sesiapa lagi buat masa sekarang,” katanya dipetik portal Suria.
Pun begitu, Cakra tidak akan menolak jodoh andai kata ditemukan dengan orang Malaysia kerana merasakan percintaan jarak jauh lebih mudah dan saling meletakkan kepercayaan di antara satu sama lain.
Dalam perkembangan lain, Cakra dikatakan baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul, Bayangan Kekasih. – MYNEWSHUB.CC/AM