• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Pa Nafi UMNO Mahu Serah Kelantan Kepada PAS

oleh
21/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANGKAL… UMNO Kelantan menafikan dakwaan bahawa kepemimpinan parti konon akan menyerahkan Kelantan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin, itu hanyalah strategi politik.

Ia sengaja dibuat untuk menjatuhkan moral jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan dan helah itu ujarnya dilontarkan kerana PRU ke-14 semakin hampir selain taktik pembangkang yang sengaja cetus situasi negatif.

Dakwaan liar oleh A Kadir itu dipercayai konon mahu menunjukkan kepada rakyat Kelantan berlaku pergeseran serius antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Pengerusi BN.

“Pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan dakwaan sedemikian seperti menunjukkan BN tidak serius untuk menang sedangkan kita bertekad untuk kembali memerintah di negeri ini.

“Saya yakin BN Kelantan mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri ini berdasarkan perkembangan semasa politik negara. Malah jika ada pertandingan tiga penjuru, ia akan menguntungkan BN.

“Ini kerana akan berlakunya pecah undi pada penyokong pihak pembangkang sendiri, sekali gus bakal memberi kelebihan kepada kami untuk menarik pengundi lain,” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyertai Majlis Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim, dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun.

A Kadir, dalam blognya baru-baru ini, mendakwa Najib membuat keputusan “menyerahkan” Kelantan kepada PAS konon sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya antara UMNO dan PAS.

Beliau mendakwa ia dibuat secara bersendirian tanpa berunding dengan kepemimpinan UMNO Kelantan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin lain, termasuk Mustapa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Ambil Berat Mengenai Masyarakat Siam

Next Post

Goh V Shem-Tan Wee Kiong Singkir Juara Dunia

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

Next Post

Goh V Shem-Tan Wee Kiong Singkir Juara Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd