• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Itu Bukan Surat Sokongan Jangan Dakwa Paul Phua – Zahid

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa surat beliau kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa rakyat Malaysia Paul Phua yang sedang menghadapi pertuduhan di Amerika Syarikat.

Beliau berkata surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F. Giuliano pada 18 Dis tahun lepas adalah untuk menjelaskan status Paul Phua.

Katanya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, beliau menjelaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K Triad tidak wujud di Malaysia dan Paul Phua bukanlah anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

Ahmad Zahid berkata pengeluaran surat sedemikian bukan isu kerana menteri-menteri KDN terdahulu juga menulis dan mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu atas kapasiti menteri yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan.

“Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan berhubung status Paul Phua itu kepada FBI, bukannya surat sokongan untuk tidak mendakwanya,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu dan menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Paul Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld telah memohon Ahmad Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F.Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

Ahmad Zahid juga memaklumkan bahawa pengeluaran surat kepada FBI itu bukanlah atas permintaan kerajaan Amerika Syarikat tetapi oleh peguam yang mengendalikan kes tersebut dan atas alasan itu surat daripadanya dikendalikan oleh syarikat guaman Shafee & Co.

Berhubung pertikaian kandungan surat mengenai Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, Ahmad Zahid berkata ia tidak dapat didedahkan kerana melibatkan isu keselamatan berstatus Rahsia Besar dan turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

Beliau berkata pertikaian berhubung surat itu telah dijelaskannya kepada kabinet semalam dan jemaah menteri menerima baik penjelasan itu.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak sama sekali menyokong sebarang tindakan mana-mana individu termasuk Paul Phua yang berkait rapat dengan sebarang organisasi jenayah.

Katanya pihaknya komited tidak akan berkompromi dan akan tetap membanteras gejala tidak sihat terutama gengsterisme, judi dan dadah di negara ini.

“Isu surat ini sebagai pembakar semangat untuk terus memerangi dan menghapuskan aktiviti jenayah hingga ke akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Tags: FBI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub   WASHINGTON – Sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Handala Hack Team mendakwa berjaya menceroboh akaun emel peribadi...

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

19/02/2024
0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin NGO Islam negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd