• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Malaysia-Thai Tandangani MoU Kerjasama

oleh AK-47
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan Thailand hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama-Kerjasama Keselamatan antara kerajaan kedua-dua negara.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pengarah MKN Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Setiausaha Agung MKN Thailand Jen Wanlop Raksanor sambil disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Jen Chaichan Changmongkol.

“MoU ini akan memantapkan kerjasama keselamatan antara kedua-dua negara berjiran terutamanya bagi menangani isu-isu keselamatan di sempadan kedua-dua negara antaranya berkaitan ancaman keganasan, jenayah rentas sempadan dan dwikerakyatan,” kata sumber kepada Bernama hari ini.

Menurutnya jawatankuasa bersama itu juga akan menangani isu berkenaan pengurusan keselamatan sempadan.

Katanya lagi, MoU kerjasama keselamatan itu lebih relevan dan holistik dalam menangani isu-isu keselamatan antara kedua-dua negara kerana melibatkan perkara dasar-dasar kerajaan di Putrajaya dan Bangkok.

Mesyuarat pertama jawatankuasa bersama kerjasama keselamatan dijangka diadakan di Malaysia dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd