• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancang Berbeza MABA Hadapi Sukan Asia, Komanwel

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) hanya akan menghantar pemain bagi acara tiga sepasukan lelaki dan wanita untuk beraksi pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.

Semasa mengesahkan perkara itu, Penolong Setiausaha MABA Ang Chin Boon berkata persaingan bagi kategori itu memberi sedikit kelebihan bagi skuad negara dalam usaha meraih pingat kerana pasukan kebangsaan adalah naib juara Kejohanan Asia di Mongolia tahun lepas.

“Bagi acara tiga sepasukan ini, kami akan beri lebih perhatian lagi kerana jika dapat pencapaian baik di Sukan Asia nanti, ia akan memberi tiket automatik untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi sukan bola keranjang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Bagi penyertaan Sukan Komanwel Gold Coast pula, beliau berkata MABA akan bertanding dalam acara berpasukan lelaki dan wanita kerana dilihat mempunyai peluang sama-rata untuk meraih pingat.

“Skuad kami masih dibarisi 11 pemain yang beraksi pada Sukan SEA lepas, jadi kami akan menambah seorang lagi pemain baharu bagi melengkapkan senarai 12 pemain,” katanya.

Menurutnya skuad negara akan menyertai kejohanan pendedahan di Nagoya, Jepun pada 5 hingga 14 Mac ini sebelum menyertai Sukan Komanwel itu. – BERNAMA

Tags: Sukan AsiaSukan Komanwel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

31/07/2022
0

BIRMINGHAM : Hanya dua hari selepas membuka tirai secara rasmi, Sukan Komanwel Birmingham sudah dicemari isu doping melibatkan petinju ­Ghana,...

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd