• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azahari Mulakan Perniagaan Bulan Depan Hasil Bantuan

oleh AK-47
21/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Azahari Ibrahim, bapa kepada 11 anak yang kisahnya berdepan kesukaran menjadi tular baru-baru ini merancang memulakan perniagaan percetakan bulan depan.

Beliau berkata wakil khas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek datang bertemunya beberapa hari lepas bagi menawarkan bantuan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk memulakan perniagaan itu.

“Saya menyambut baik tawaran itu, apatah lagi perniagaan tersebut merupakan bidang yang saya arif dan ceburi sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Paimuzi Yahya di rumahnya di Presint 14 di sini hari ini.

Azahari, 49, dan isteri Sharifah Suraya Syed Hussin, 40, berhadapan kesukaran apabila premis perniagaan beliau di Presint 9 di sini musnah terbakar dua tahun lalu dan seorang daripada 11 anaknya menghidap kanser.

Selain Tekun, beliau juga menerima tawaran daripada beberapa syarikat swasta yang sedia membantunya memulakan semula perniagaan tersebut, katanya.

“Jika berjalan lancar, perniagaan yang memerlukan kos permulaan kira-kira RM10,000 itu akan dimulakan pada pertengahan Februari depan,” katanya.

Sementara itu, Paimuzi berkata pihaknya terdorong untuk menziarahi Azahari selepas mengetahui mengenai nasib malang keluarga tersebut.

Selepas berita itu tersebar, katanya MAIWP cawangan Putrajaya bertindak segera menziarahi keluarga Azahari pada 15 Januari lepas dan siasatan pihaknya mendapati tanggungan keluarga itu meningkat susulan kehilangan punca pendapatan, kelahiran cahaya mata kembar dan masalah kesihatan anak mereka.

Paimuzi berkata MAIWP juga dalam proses menyalurkan bantuan kewangan bulanan, bantuan perubatan dan bantuan am persekolahan kepada anak-anak pasangan itu yang bersekolah. – BERNAMA

Tags: Azahari IbrahimDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd