• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jantina Anak Panda Gergasi Belum Diketahui

oleh Ahmad Albab
20/01/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ibu panda gergasi yang terlalu melindungi membuatkan sehingga kini anak panda yang baru dilahirkan di Zoo Negara kira-kira lima hari lalu, masih belum diketahui jantinanya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pakar zoologi bagaimanapun mengesahkan bahawa anak panda itu sihat dan perlukan masa dalam tempoh fasa menyusu beberapa bulan ini sebelum dapat diperiksa lebih rapi.

Beliau berkata pakar zoologi melakukan tugas hebat dalam menyediakan persekitaran cukup selesa buat pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang di Pusat Konservasi Panda di Zoo Negara sehingga membolehkan pasangan itu memperoleh anak kedua dalam tempoh yang cukup singkat selepas anak pertama dilahirkan.

“Ia kejayaan yang luar biasa. Saya difahamkan China menghantar 12 pasangan panda gergasi ke pelbagai negara di seluruh dunia, tapi Malaysia satu-satunya negara yang berjaya membuatkan panda gergasi melahirkan anak sebanyak dua kali dalam tempoh yang cukup singkat,” katanya pada persidangan media di sini selepas menyampaikan bantuan beg buat pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen Santubong, di sini hari ini.

Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata walaupun ibu panda itu boleh didekati dan disentuh oleh pakar yang menjaganya, namun anak panda itu masih tidak dibenarkan oleh ibunya untuk disentuh sesiapa.

Pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, dan anak panda pertama pasangan itu dilahirkan pada 18 Ogos 2015.

Dinamakan Nuan Nuan, ia kemudian dihantar pulang ke China pada 14 November lalu bagi memenuhi syarat perjanjian dua negara. – BERNAMA

Tags: Anak Pandapanda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

Temui Yi Yi, Anak Kedua Panda Gergasi

01/08/2019
0

YI YI bermaksud persahabatan adalah nama untuk anak panda gergasi kedua yang dilahirkan secara semula jadi di Malaysia. Anak panda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd