• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ranking Jatuh Lagi: “Saya Bertanggungjawab Penuh”

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya bertanggungjawab sepenuhnya diatas kejatuhan kedudukan pasukan kebangsaan,” titah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah demikian berikutan kedudukan terkini pasukan kebangsaan turun sekali lagi daripada kedudukan 174 ke 175.

Titah Tunku Ismail, baginda turut bertanggungjawab sepenuhnya setiap kali pasukan kebangsaan kalah.

“Kedudukan terkini pasukan kebangsaan turun sekali lagi daripada kedudukan 174 ke 175. Saya bertanggungjawab sepenuhnya,” titah baginda dalam satu status di laman Facebook FAM hari ini.

Harimau Malaya yang kekal dengan 99 mata ketika berada di kedudukan 174 pada bulan lalu dipintas Kuwait yang mengumpul 100 mata.

Bagi ranking Asia, skuad itu yang kini di bawah kendalian Tan Cheng Hoe berada di kedudukan ke-36 dan kelapan Asia Tenggara di bawah Kemboja dan Singapura.

Kedudukan semasa Harimau Malaya dalam ranking FIFA mengecewakan seluruh peminat selepas berbangga dengan pencapaian skuad bawah 23 (B-23) tahun.

Skuad itu mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kelmarin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMFIFATunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd