• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Di Lembah Klang

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dikenali sebagai kumpulan ‘CK’ berikutan penahanan tiga individu serta merampas dadah bernilai lebih RM4 juta dalam dua serbuan bermula Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata hasil risikan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur menahan sepasang kekasih berumur 29 dan 30 tahun di Jalan Kuchai Maju sebelum menyerbu rumah kediaman mereka di Taman Salak Selatan di sini.

“Soal siasat ke atas mereka telah membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berumur 31 tahun di sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor.

Siasatan awal mendapati kondominium itu dijadikan tempat menyimpan dan membungkus dadah termasuk peket serbuk minuman pelbagai perisa yang dicampurkan dadah jenis ekstasi sebelum dihantar ke pusat hiburan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya merampas lebih 51 kilogram serbuk disyaki ekstasi, ganja (14 gram), ketamin (473 gram) dan pil Erimin 5 (223 gram) yang merupakan rampasan terbesar setakat ini dan boleh dibekalkan kepada lebih 100,000 pengguna.

Mazlan berkata pemeriksaan urin ke atas ketiga-tiga suspek mendapati kedua-dua lelaki terbabit positif dadah.

“Mereka dipercayai mula beroperasi sejak setahun lalu dan polis masih mencari saki baki kumpulan ini bagi melumpuhkan terus kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata pasangan kekasih itu direman enam hari bermula Selasa lepas manakala seorang lagi lelaki direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata polis akan memanggil lebih ramai individu bagi membantu siasatan kejadian seorang remaja lelaki maut selepas dihempap sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, di sini, Isnin lalu.

“Kami juga masih menunggu laporan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada kerusi yang dicampak itu untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd