• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Produk Bagi Legakan Sakit Senggugut Yang Ada Di Farmasi

oleh
18/01/2018
dalam VVANITA.MY
0
Share on FacebookShare on Twitter

Senggugut adalah kesakitan yang berlaku semasa kitaran haid berlaku. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu!

Sebenarnya, senggugut berlaku apabila hormon estrogen dan progesteron berkurang di dalam badan sebaik sahaja sebelum haid datang dan dinding rahim menguncup dengan kuat. Proses ini akan mengeluarkan ketulan darah haid atau darah kotor bersama-sama tisu daripada selaput endometrium.

Senggugut yang teruk mampu membuatkan wanita hilang mood, pening kepala dan loya. Malah, ada kes yang lebih teruk lagi sehingga pengsan kerana tidak tahan sakit senggugut.

Namun, usah gentar lagi kerana kami mempunyai 7 produk yang anda boleh gunakan untuk mengatasi senggugut dengan mudah dan berkesan yang boleh didapati di farmasi:

1. Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain

Harga: RM9.50/2 keping

Produk Ammeltz Yoko yoko Heat Patch for Menstrual Pain ini mampu membantu mengurangkan sakit senggugut dengan cara terapi haba (non-medical), di mana ia akan menghasilkan haba yang stabil dan selamat dengan suhu mencapai 40°C dan masa bertahan mencapai 8 jam.

Haba yang dikeluarkan pula akan membantu peredaran darah dan ianya berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.

2. Epsom Salts 

Harga: RM7.30/kotak

Garam Epsom ini digunakan untuk pelbagai tujuan kesihatan oleh kerana kandungan magnesiumnya yang tinggi.

Oleh kerana garam mineral memainkan peranan dalam meregangkan ketegangan otot, jadi garam ini amatlah ideal digunakan untuk meredakan senggugut. Caranya, rendam di dalam tab mandi berisi air suam yang telah dilarutkan dua cawan garam Epsom. Rendaman menenangkan ini akan mengurangkan simptom-simptom senggugut dengan mengecutkan rahim, di samping melancarkan peredaran darah.

3. Panadol Menstrual

Harga: RM6.38/12 biji

Walaupun hanya bertindak sebagai pil penahan sakit dan tidak merawat senggugut itu daripada dalam, namun adakalanya apabila terlalu sakit inilah saja pilihan yang ada bagi kaum wanita.

Pil-pil penahan sakit seperti ibuprofen dan paracetemol tidak memudaratkan kesihatan jika diambil dalam dos yang betul, jadi berhati-hati ketika mengambil ubat penahan sakit ini.

4.  Simply Natural Organic Peppermint Tea

 

Harga: RM16.80

Daun pudina mempunyai khasiat analgesik yang membantu meregangkan otot, oleh itu meminum teh pudina bukan sahaja mengurangkan ketegangan dinding rahim, malah memberi efek ketenangan juga kepada si peminum. Teh juga merupakan bahan diuretik yang melawaskan air kencing serta mengurangkan kembung perut.

5. Tiger Balm

Harga: RM8.58- RM15.75

Urutan dengan minyak panas seperti Tiger Balm atau minyak telon juga dapat menghilangkan kesakitan ketika sengugut. Dengan mengurut bahagian abdomen secara perlahan- lahan. Angkat kaki sedikit dengan alaskan bantal kecil di hujung kaki. Kemudian perlahan lahan urut bahagian perut boleh juga menggunakan minyak panas ketika mengurut bagi memberi kelegaan semasa mengurut.

6. Pil Evening Primrose Oil

Harga: RM40.91

Minyak bunga evening primrose ini dikatakan amat baik untuk masalah dalaman wanita oleh kerana kandungan omega-3, estrogen dan magnesium yang melancarkan perjalanan darah selain menggalakkan pencairan darah.

7. Botol Panas (Hot Water Bottle)

Harga: RM41.60

Orang zaman dulu suka menggunakan cara tradisional seperti bertungku dengan menggunakan batu sungai atau tungku besi. Ada juga yang menggunakan air panas dan isi dalam botol kosong dan letakkan di perut.

Dengan meletakkan botol atau pad yang berisi air panas pada bahagian perut dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang ketika haid kerana haba dari botol panas dapat melancarkan pengaliran darah pada otot-otot sekitar rahim.-VVANITA.MY

Tags: vvanita.my
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

5 Sebab Kenapa Suami Orang Jadi Pilihan Wanita Bujang

18/01/2018
0

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, jumlah wanita di Malaysia sudah melebihi kaum lelaki. Jadi, adakah ini menjadi punca wanita lebih...

7 Pengajaran Penting Yang Dipelajari Daripada Pekerjaan Pertama

18/01/2018
0

MENYERTAI tenaga kerja sesebuah organisasi buat pertama kali mungkin memberi lebih banyak pengajaran kepada diri kita daripada pengalaman lain. Majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd