• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Iktiraf Jasa ‘Wira’ Jururawat HSA, Pelajar Tahfiz

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur yang menjadi wira dalam kejadian kebakaran, menerima penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Norsuhaily Suleiman, 24, dan Ahmad Ihsan Husin, 16, antara 23 penerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim pada Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2018, di sini hari ini.

Norsuhaily yang menyelamatkan seorang rakan setugasnya dalam kejadian kebakaran di Unt Rawatan Rapi (ICU) HSA pada Oktober 2016 berkata, penghargaan itu diharap dapat memberi semangat kepada seluruh warga HSA yang banyak membantu ketika kebakaran itu berlaku.

“Dalam kejadian itu, saya cuba selamatkan seorang rakan tetapi tangan saya terlepas kerana kesukaran bernafas. Rakan saya bernasib baik kerana suami saya yang bertugas sebagai pegawai teknikal datang menyelamatkannya,” katanya ketika menceritakan kembali detik kejadian kepada Bernama.

Akibat kejadian itu, Norsuhaily terpaksa menerima rawatan di wad ICU selama 19 hari kerana menyedut terlalu banyak asap dan mengalami kesukaran bercakap sehingga kini.

“Pada dua bulan pertama menerima rawatan, suara saya langsung tidak keluar. Selepas itu, suara saya menjadi serak dan menurut doktor suara saya tidak akan kembali kepada asal,” kata Norsuhaily.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi 25 Oktober 2016, enam pesakit maut dalam kejadian kebakaran wad ICU HSA yang turut mencederakan tiga kakitangan hospital.

Bagi Ahmad Ihsan pula, kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada September 2017 yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru, masih meninggalkan kesan mendalam ke atas dirinya.

Beliau yang bertindak menyelamatkan bayi kepada penyelia pusat tahfiz ketika kejadian itu, berkata masih terkilan dan kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan rakan-rakannya yang lain.

“Sepatutnya saya boleh lagi naik ke atas ambil beberapa orang rakan turun ke bawah, tetapi api marak terlalu pantas dan semua panik,” katanya sambil menambah beliau turut mengalami luka pada tangan dalam kejadian itu.

Pada majlis itu, 17 pengamal media turut menerima sijil penghargaan daripada JBPM, antaranya wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Rohani Ibrahim, wartawan Utusan Malaysia, Sharaimei Shaik Ahmedullah; jurufoto New Straits Times Press ,Abdul Rahim Rahmat dan wartawan TV3 Siti Khadijah Jaafar dan Ahmad Fazli Ahmad. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd