• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Kereta Elektrik Di China Bakal Dikurangkan

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Subsidi untuk kereta elektrik di China dijangka dikurangkan lagi tahun ini, sebelum ia dimansuhkan menjelang akhir tahun 2020, lapor agensi berita Xinhua.

“Pada awalnya langkah itu dijadual dilaksanakan pada penghujung 2017, lantaran beberapa kontroversi ia ditangguhkan sementara,” kata naib presiden Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automotif China, Wu Zhixin.

Beliau berkata, draf akhir mengenai perkara itu telah dipersetujui beberapa kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, draf tersebut juga telah diserahkan untuk kelulusan.

Namun, Wu tidak memberi butiran lanjut mengenai jumlah subsidi yang akan dikurangkan tetapi menurutnya, kereta yang menerima subsidi pada 2017 kelayakan itu boleh dilanjutkan bagi tempoh empat bulan lagi tahun ini.

China menawarkan insentif kewangan sejak 2010 untuk merangsang populariti kereta elektrik.

Wu berkata, potongan subsidi tersebut akan menyaksikan pemain industri kecil dan tidak kompetitif terpaksa menghentikan pengeluaran mereka lebih cepat daripada jangkaan, sementara yang mempunyai prestasi cemerlang tidak banyak terjejas.

Persatuan Pengilang Automobil China menganggarkan jualan kereta elektrik akan berkembang sekitar 40 peratus kepada sejuta unit pada 2018.

Lebih 777,000 unit kereta elektrik dijual tahun lepas di China, iaitu peningkatan 53 peratus dari tahun ke tahun. – BERNAMA

Tags: Chinakereta elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

Dua Kapal China Dilapor Hampiri Kawasan ZEE Malaysia Di Sarawak

Dua Kapal China Dilapor Hampiri Kawasan ZEE Malaysia Di Sarawak

16/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Pergerakan beberapa kapal berkaitan China yang dilaporkan menghampiri kawasan berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd