• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 4 Warga India Antara 5 Dihukum Mati

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki tempatan dan empat lelaki warga India dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengedar dadah seberat 5.8 kilogram (kg), lima tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu terhadap warga tempatan, A. Sargunan, 42, dan empat warga India iaitu, Sumesh Sudhakaran, 30, Alex Aby Jacob Alexander, 37, Renjith Raveendran, 28, dan Sajith Sadanandan, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kelima-lima lelaki itu didakwa atas dua pertuduhan mengedar methamphetamine seberat 4.3kg dan ketamin seberat 1.5kg di sebuah rumah, yang dijadikan sebagai kilang memproses dadah, di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, kira-kira 9 pagi, 26 Julai 2013.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 1 Mac 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, hakim Ghazali berkata selepas meneliti pembelaan kesemua tertuduh dan hujah semua pihak, beliau mendapati terdapat satu fakta yang tidak dipertikai dalam kes itu iaitu semua tertuduh berada di tempat kejadian ketika ditangkap.

Selain itu, beliau berkata satu lagi fakta yang tidak dipertikai ialah premis berkenaan merupakan kilang untuk memproses dadah apabila methamphetamine dijumpai dalam keadaan terdedah di atas meja dan ketamin ditemui di bawah tangga.

“Berdasarkan keterangan, mahkamah turut mendapati semua profil DNA yang diambil di tempat kejadian mempunyai kaitan dengan semua tertuduh seperti tuala, sarung tangan dan berus gigi yang telah dibuktikan oleh ahli kimia.

“Selain itu, juga tidak dipertikai bahawa premis berkenaan sentiasa berkunci dan pintu tertutup rapat serta waktu bekerja kesemua tertuduh adalah pada tengah malam dan awal pagi.

“Walaupun ada tertuduh memberitahu bahawa mereka berada di premis berkenaan untuk kerja-kerja pembersihan dan mempunyai syif kerja lain, keterangan itu tidak disokong oleh keterangan lain. Ia cukup untuk menjerut leher kesemua tertuduh,” katanya.

Mengenai pembelaan Sargunan bahawa dia bekerja sebagai pemandu teksi dan kebetulan berada di tempat kejadian, Ghazali mendapati keterangannya bersifat rekaan semata-mata kerana profil DNA lelaki itu berada pada tuala dan baju yang dijumpai di premis berkenaan.

Selain itu, beliau juga mendapati keterangan semua tertuduh warga India terbabit tidak boleh dipercayai kerana ia amat bertentangan dengan rakaman percakapan beramaran mereka sebelum ini.

“Isu bahasa juga hanya helah mereka untuk mengelirukan mahkamah. Selain itu, fakta-fakta menunjukkan banyak peralatan dan bahan kimia dalam kilang di mana di situ juga kesemua tertuduh ditangkap, jadi mustahil mereka tidak tahu premis berkenaan adalah tempat memproses dadah.

“Semua tertuduh ada akses pada barang-barang dalam premis berkenaan termasuk dadah itu. Memandangkan hanya satu sahaja hukuman yang diperuntuk di bawah Seksyen 39B Akta ini, mahkamah dengan ini menjatuhi hukuman mati terhadap semua tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair Thevaharan sementara Sargunan diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Low Huey Theng manakala empat warga India terbabit diwakili peguam Jayarubbiny Jayaraj. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd